Monday 22 October 2012

Terima kasih Nurul Hana Anwar...

Hi-Tea yang berlangsung pada 20 Okt (Sabtu) dimeriahi dengan kehadiran Cik Nurul Hana Anwar Ibrahim, anak bongsu Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim. 
Turut hadir ke majlis ini Ketua Cabang Putrajaya, Onn Abu Bakar, YDP PAS Kluang, Sdr Khairul Faizi, YDP PAS Sembrong, Haji Saion, Ketua Cabang Kluang, Sdr Lee Sang, Wakil DAP Simpang Renggam, sdr Lee dan Puan Sharifah Syahidah dari KEADILAN Pusat.
Ketua Cabang Sembrong, sdr Mohd Yusof Ahmad mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir kerana setia untuk hadir memberi sokongan walaupun diberi notis yang amat singkat. 

Beliau juga memberi pesanan supaya semua jentera Pakatan Rakyat bekerja kuat untuk memastikan kerusi Parlimen Sembrong, DUN Kahang dan DUN Paloh dimenangi PAKATAN RAKYAT.

Dalam ucapan Nurul Hana, beliau mewakili YB Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai pada petang itu kerana YB Nurul Izzah mempunyai urusan penting yang tak dapat dielakkan.

YB Nurul Izzah sampaikan salam dan berdoa agar Parlimen Sembrong, DUN Kahang dan DUN Paloh akan dimenangi KEADILAN & DAP. Insyaallah.






No comments:

Post a Comment