Tuesday 23 October 2012

Najib mesti jawab bagaimana George Kent dapat projek LRT


(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 23 Oktober: Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mempersoal mengapa George Kent boleh menang projek LRT sedangkan syarikat itu mendapat markah rendah dalam penilaian laporan Kementerian Kewangan.
Menurutnya, syarikat perunding kejuruteraan telah tulis surat kepada Kementerian Kewangan bertarikh 12 Disember 2011 memaklumkan hasil penilaian bidaan oleh Perolehan Kementerian Kewangan yang dipengerusikan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Kewangan 11, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
“Setelah kita teliti, George Kent didapati tidak pernah mengendalikan projek besar, tidak ada pengalaman dalam projek rel atau LRT, malah mendapat tempat ketiga tercorot dari segi kemahiran dan pengalaman,” kata Setiausaha Agung KEADILAN itu lagi.
“Penilaian itu juga menyebut George Kent mendapat purata markah yang rendah dari syarikat lain, dan tidak diyakini untuk mengendali projek tersebut,” jelasnya pada perbahasan di Parlimen hari ini.
Hasil laporan memperakui George Kent tidak berjaya dalam bidaan tersebut, turut ditandatangani oleh tiga ahli jawatankuasa terbabit.
“Tapi apa yang berlaku, apabila pengumuman dibuat, George Kent yang berjaya mendapat projek tersebut, ini memerlukan penjelasan dari pihak Kementerian Kewangan,” kata Saifuddin.
KEADILAN sebelum ini melalui Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli mendedahkan satu dokumen membuktikan jawatankuasa peringkat tinggi yang dipengerusikan Najib telah menganugerahkan projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.18 bilion kepada konsortium yang diketuai George Kent

No comments:

Post a Comment