Wednesday, 30 January 2013
Tuesday, 29 January 2013
CERAMAH KELOMPOK DI FELDA ULU DENGAR
Terima kasih tuan rumah, Haji Halim kerana memberi izin mengadakan ceramah kelompok pada malam 27 Jan 2013. Turut memberi ceramah, ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai, Sdr Yusof Ahmad, Ketua Cabang, Sdr Onn Abu Bakar, Ketua Cabang Putrajaya, sdr Redzwan, AMK Shah Alam dan Ustaz Shamsul Firdaus AlHafiz.
DIALOG BERSAMA PENEROKA FELDA KAHANG BARAT
Pada petang 27 Jan 2013, dialog bersama peneroka Felda telah diadakan di Felda Kahang Barat. Kami ucapkan terima kasih kehadiran Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda KEADILAN, Sdr Zabidie, Pengerusi Biro Felda Johor & ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai.
Berita lanjut boleh ikuti dalam laman web Haji Suhaimi Said iaitu lubokkawah.blogspot.com kerana ada cerita menarik didalamnya. Dan samada nak tahu peneroka FELDA telah ditipu atau tidak sila layari laman ini http://lubokkawah.blogspot.com/2013/01/peneroka-peneroka-tidak-pernah-ditipu.html

BILIK GERAKAN UTAMA TELAH MULA BEROPERASI 25 JAN 2013
Akhirnya kami berjaya mengadakan Bilik Gerakan Utama (BGU) Parlimen Sembrong walaupun tergendala beberapa ketika sebelum ini.
BGU ini yang beroperasi di Taman Seri Impian telah menerima sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk sekitar. Namun begitu terdapat gangguan dari pihak UMNO seperti gangguan bendera mereka yang dipasang didepan BGU, kami langsung tidak termakan langsung. Kerana gangguan mereka ibarat lagu dondang sayang mereka "Anak Kecil bermain api".... Bye..bye UMNO...!
PERANG SARAF & GERAK SARAF
Bagi menghadapi serangan UMNO/BN yang penuh dengan fitnah dan tipu helah. Jentera Pilihanraya P153 Parlimen Sembrong telah mengadakan sesi Perang Saraf & Gerak Saraf pada pagi 27 Jan 2013. Penyertaan dari penyokong gerakan perubahan amat menggalakkan. Terima kasih daun keladi.
CERAMAH KELOMPOK DI TAMAN SERI LAMBAK
Walaupun program berjalan serentak di Felda Kahang Barat, ceramah kelompok di Taman Seri Lambak berjaya diadakan. Terima kasih kepada penceramah-penceramah yang telah memberi komitmen pada malam 26 Jan 2013 yang lalu. Terutama tetamu khas ayahanda Presiden KEADILAN, Dato' Dr Wan Ismail Wan Mahmood, bekas Pengarah Gerak Saraf Kementerian Dalam Negeri yang telah berkhidmat dengan 4 Perdana Menteri.
Antara kisah yang menyayat hati yang telah disampaikan Dato' Dr Wan Ismail ialah peristiwa 20 September 1998 dimana DSAI telah ditangkap dirumahnya. Disamping peranan utama Tun Mahathir untuk menjatuhkan DSAI.

KURSUS PACA DI PALOH DAN FELDA KAHANG BARAT
Oleh kerana PRU13 semakin hampir, Jentera Pilihanraya Parlimen Sembrong telah mengambil inisiatif mengadakan kursus PACABA baru-baru ini pada 26 Jan 2013. Dan kami ucapkan terima kasih kepada semua peserta yang tidak berganjak dari mula hingga ke akhir kursus.
Subscribe to:
Posts (Atom)